life is...

life is...

Friday, November 18, 2011

.badai semalam.

.malam tadi, aku bersama 3rakan yang lain menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya. impian untuk menonton teater selama ini akhirnya tercapai. namun aku berasa kecewa kerana pengalaman pertama ini tidak memberikan kepuasan. mungkin kerana aku tersalah memilih jalan cerita untuk ditonton.

.teater ini adalah adaptasi novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim yang diterbitkan pada 1968 kalau aku tidak silap. pendapat peribadiku, karya ini hanya sesuai dinovelkan dan bukan untuk pementasan teater (ini hanya pendapat peribadi kerana aku lebih suka menonton wayang lawak2 dan ganas). akibat jalan ceritanya yang agak lambat (kerana ia banyak bertemakan cinta), maka aku sudah mencapai tahap kebosanan pada minit ke 20 pementasan berlangsung.

.walaupun aku belum pernah menonton mana2 pementasan teater sebelum ini, secara keseluruhan jalan cerita, prop dan pementasan ini aku berikan 2bintangsetengah. mungkin ada pihak yang telah menyedari jalan cerita ini kurang menarik, maka mereka menampilkan pelakon2 filem yang popular di Malaysia ini untuk memegang watak2. dan aku yakin kebanyakan penonton yang membanjiri Panggung Sari adalah kerana ingin melihat pelakon lelaki pujaan mereka yang kononnya kacak.

.pementasan bermula jam 8.30 malam, dengan rehat 15 minit dan ia berakhir jam 11.15 malam. sebaik keluar dari Panggung Sari, aku kehilangan jejak rakanku. pasti dia sedang teruja beratur untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan pelakon2. hampir 1jam aku menjadi mak pacak di lobi, akhirnya aku bertemu semula dengan rakan. masing2 ghairah menunjukkan gambar yang diambil bersama pelakon2. aku menyaksikan ramai orang beratur hanya untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan orang2 ini. ada yang menjerit2 kerana terlalu teruja melihat pelakon yang kacak itu di depan bijik matanya (macam org sakai la kau).

.saat ini aku terfikir, kalaulah mereka boleh beratur begini demi mendapatkan ceramah daripada ustaz2, alangkah indah. aku hanya memerhatikan situasi ini dari atas tangga. sempat juga aku memandang pelakon lelaki kegemaran (aku pun ada gemar pelakon lelaki juga) dari atas tangga.  aku memang tidak mahu beratur demi mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan mereka. dan aku sebolehnya tidak akan buat begitu. aku tidak mahu begitu menyanjung orang2 seperti ini sehingga mereka berasa riak dengan apa yang dimiliki-sanjungan daripada peminat. cukup sekadar aku melihat dari jauh dan menonton pementasan.

.walaupun pementasan ini mengecewakan, tapi nafsuku terhadap teater tidak terpadam. pelakon2 melakonkan watak dengan jayanya dan aku paling suka watak Puan Rohana. insyaAllah, aku akan datang lagi ke Istana Budaya untuk menonton pementasan yang lain.




inilah pelakon lelaki kegemaran aku. :)

Saturday, November 12, 2011

.terkenang.

.minggu lepas aku mempoyokan diri dengan menyapa ex-bf di skype. aku teringat akan tarikh lahirnya lalu aku mengucapkan selamat hari lahir walaupun masih awal 3 hari. aku jangka dia tidak akan membalas mesej yg dihantar. mana tau dia balas. slps mndapat balasan mesej, aku hanya berdiam diri sebagai mematikan perbualan. aku jangka dia malas berbual2 dengan ex-gf. mana tahu lepas 20minit dia menghidupkan perbualan.

.dia masih orang yang sama seperti aku kenal 4 tahun lepas. sejak dia memutuskan hubungan dulu, aku sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan. ekoran daripada itu aku menjadi seorang yang pesimis terhadap pasangan yang berkasihan. aku pernah dimaki oleh roomate kerana bertanya " bila korang nak clash ?" di saat hubungan mereka sedang stabil. he3.dan dia bukan orang pertama yang mendapat pertanyaan sebegitu daripadaku.

.sepanjang 2tahun lepas aku sering bertanya kenapa dia memutuskan perhubungan kami. lama kelamaan aku semakin terlupa akan persoalan itu. namun dia tetap telah menjadi sejarah dalam hidup aku. aku jangka dia tidak akan menyapa aku lagi di skype. namun aku sengaja mendaftar masuk dengan niat dia akan perasan kewujudan aku. jujur aku mengatakan aku tersangat gembira waktu dia membalas mesej dan sepanjang perbualan kami di skype pada hari aku mengucapkan selamat hari lahir kepada dia. perasaan ingin meraih kasih daripadanya semula kembali mencanak-canak.

.sejak kami berpisah awal 2009 yang lalu, aku sebenarnya masih berharap dia kembali padaku. beberapa hari lalu dia memulakan perbualan di skype. waktu itu aku memang sengaja mendaftar masuk dengan harapan dia menyapa aku lagi. dan hatiku berbunga sekandang gajah kerana dia benar2 menyapa aku. kami berbual macam kawan biasa. aku memang ada niat untuk mengungkit kisah lama dengan harapan hatinya terbuka untuk aku lagi. tapi rasanya aku sudah matang untuk tidak melakukan itu. walaupun kita memang mahu, tapi malu itu mesti ada!. sehingga dia turut berkata yang membawa maksud dia masih berseorangan. aku juga turut mengatakan aku masih berseorangan (sengaja memberi klu). dia memberitahu aku bahawa dia perlu bernikah memandangkan usia sudah mencecah 23 (tua nya engkau).aku menyarankan dia supaya lebih giat mencari calon isteri. katanya tiada siapa yang sudi akannya. namun dia pasti tak mendengar kata hatiku sewaktu dia berkata begitu. bahawa aku sedia untuk dia.

.beberapa hari kemudian dengan secara tak sengaja sewaktu aku memandang wajah di cermin, hati ini berkata yang dia bukan untukku. kemudian aku membiarkan sahaja kata hati itu. selang beberapa jam aku tefikir lagi. dan akhirnya aku sendiri yakin bahawa dia bukan untukku. bukannya dia tidak layak untukku, hanya dia bukan untukku. aku tak tahu bagaimana suratan jodoh yang telah tertulis di loh mahfuz untuk diri ini, namun untuk ketika ini itulah kesimpulannya. mungkin perasaan yang aku miliki terhadapnya sepanjang tempoh ini hanyalah perasaan ingin memiliki dan dendam kerana dia meninggalkan aku demi perempuan lain.semoga kami bertemu jodoh dengan pasangan yang layak pada waktu akan datang. insyaAllah.


The best thing daripada Mocca. klip video yang diberi kepada aku sewaktu sebelum kami berkasihan.

Friday, November 4, 2011

.penipuan?.

.kadang2 aku berasa perasaan cinta dan kasih serta sayang yg selalu ditunjukkan hanyalah berbau kepalsuan. banyak sangat pasangan berkasih2an di laman mukabuku sehingga meluatkan pengguna lain. bukan lah diri ini sengaja untuk membaca post mereka namun kadang2 terbaca. ini adalah perbuatan yang tidak disengajakan.

.percayalah, perasaan yang hangat itu pasti akan pudar. waktu itu kamu akan berasa pasangan itu tiada memberi makna apa2 selain status sahaja. kata2 manis dahulu pasti kau akan menyesal kerana meluahkan. kerana manusia ini akan cepat bosan dengan apa yang telah dimiliki. dan akan berusaha untuk memiliki benda yang tidak dipunyai. itulah hakikatnya. dan sesungguhnya aku meluat dengan pasangan2 yang kelihatan bahagia namun aku sendiri lihat akan kepura2an hangatnya percintaan mereka. aku menunggu saat tamatnya kebahagiaan mereka.