life is...

life is...

Monday, July 25, 2011

.maafkan aku wahai alam.

.saya berasa amat bersalah terhadap alam. saya telah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon kebelakangan ini. saya berdoa agar ianya cepat berakhir.



lagu Karma Chameleon nyanyian Culture Club.

Thursday, July 21, 2011

.penghormatan.

.pepatah ada mengatakan 'yang tua harus dihormati, yang muda pula hendaklah disayangi'. tapi kalau umur sebaya, apa yang harus dilakukan?

.terlajak kata sememangnya tidak boleh diundur, sedangkan terlajak perahu belum pasti boleh diundur. mencuba untuk menghormati orang lain. andai kata sehingga suatu masa diri sendiri merasai orang itu tidak harus dihormati, maka ikutlah kata hati itu. jangan salahkan orang muda jika tidak menghormati orang tua. kerana kadang2 orang tua itu sendiri yang tidak menghormati diri sendiri dan orang lain.


tokio - love you only.
.penyanyi utama sebelum diganti dengan tomoya nagase.

Saturday, July 16, 2011

.resepi.

.apa yang saya faham maksud resepi adalah cara2 dan sedikit rahsia dalam melaksanakan sesuatu. contohnya resepi rumahtangga-adalah cara2 dan rahsia dalam membina dan mengekalkan keluarga bahagia. walaupun ianya nampak mudah namun sesiapa sahaja yang telah melaluinya mampu memahami situasi ini.

.beberapa hari lepas saya membeli sedikit barang dapur, lalu terjumpa akan emping jagung (cornflakes) jenama Nestle. memandangkan syaaban hampir lewat, persiapan ramadhan dan syawal sedikit sebanyak telah mula dihitung. saya membelek kotak cornflakes dan terpandang akan resepi biskut yang memang selalu disertakan tatkala musim2 begini tiba. saya memilih satu kotak dengan resepi yang paling mudah-lipatan kasih kurma @love dates.

.saya turut mencari bahan2 lain untuk membuat biskut berkenaan. petang tadi, saya mencuba resepi ini untuk buah tangan kepada sahabat lama-Ain. saya memang ikut sepenuhnya resepi yang diberi, namun doh yang terhasil agak lembik. apabila dibakar, biskut saya menjadi 'layu'. saya berfikir dengan pantas untuk 'troubleshooting'. lalu saya tambahkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan doh lebih keras. ia memang berhasil.

.apa yang boleh saya simpulkan adalah-resepi yang kita dapat itu adalah tidak salah untuk ditiru. namun sebagai insan biasa, kita tercipta berbeza sesama sendiri. maka kita perlu mencari resepi sendiri dalam menjalani kehidupan. tidak salah untuk mengikut resepi orang lain, namun kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan resepi itu. samada menambah atau mengurangkan bahan2 mahupun langkah2, kita sendiri yang bertanggungjawab keatasnya. kerana diakhir waktu, hasilnya kita sendiri yang akan  menerimanya.






.inilah lipatan kasih kurma@love dates hasil tangan saya. ia memang mirip karipap, namun ia adalah biskut. walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan hasil ini. Alhamdulillah.

Tuesday, July 12, 2011

.jika berjanji.

.janji mudah dilafazkan kerana hanya bermodal air liur. maka ia juga senang dilupakan, apatah lagi diabaikan. andai melafazakn janji memerlukan segunung emas, pasti tidak ramai manusia akan membuat janji.

.tidak kira dengan siapa kita berjanji, sebolehnya mesti ditunaikan. memang mudah untuk mengabaikan anak2 diwaktu kecil mereka, namun tidak mudah untuk rapat apabila usia mereka telah dewasa. ia mungkin perkara kecil, tapi anak2 yang terdera perasaan itu tidak mungkin melupakan setiap perasaan duka yang dilalui.




Suratan yang menyakitkan-Sharifah Zarina

Friday, July 1, 2011

.senyum.

.hidup ini mesti banyak dugaan. kadang2 terasa diri ini selalu x bernasib baik. apa yang dirancang dan diimpikan selalu x dapat dikecapi. namun selalu juga mengingatkan diri sendiri bahawa segala yang berlaku mesti berhikmah. kita akan menerima kegagalan atau musibah sebelum sesuatu yang baik muncul. insyaAllah saya akan sentiasa mengingatkan diri sendiri.

.saya yakin senyuman itu satu penawar. tatkala ditimpa masalah dan musibah, sering saya meringankan bibir untuk mengukir senyuman. kata orang senyum itu tanda ketabahan-kita tabah menghadapi dugaan walaupun sedang ditimpa dugaan kerana redha dengan percaturan Allah.

.saya berharap saya akan lebih tabah. penyelidikan yang saya lakukan menemui kegagalan. betapa hati ini hancur. segala usaha dan perasaan yang tertumpah pada penyelidikan ini kiranya sia2. tapi tetap memujuk hati bahawa xsemua yang kita rancang dan ingini akan dipenuhi. seperti sebelum ini segala kegagalan dan kesilapan yang saya lakukan, mesti dijadikan pedoman seumur hidup ini.


.sebolehnya ingin senyum seperti tiada masalah yang melanda. semoga Allah merahmati seluruh umat Islam. Amin.