life is...

life is...

Tuesday, August 9, 2011

.temuduga.

.pada mulanya saya dikejutkan dengan tawaran melanjutkan pelajaran peringkat master daripada salah satu universiti tempatan. puas direnung-renungkan kerana saya merancang untuk menyambung pengajian pada tahun hadapan. sesungguhnya ini semua ketentuan Allah.

.sehari selepas itu, saya mendapat panggilan telefon daripada sebuah syarikat untuk ditemuduga. oh inikah rezeki? sedang saya celaru untuk memikirkan sumber untuk menampung pengajian nanti, panggilan temuduga ini seolah memberi sinar kepada saya. walaupun saya terfikir untuk melepaskan salah satu daripada ini, namun hati saya mahukan kedua-duanya. alangkah tamaknya diri ini. namun ini adalah percaturan saya. hanya Allah yang berhak menentukan percaturan ini tepat atau tidak. andai saya tidak berjaya dalam temuduga ini, saya tetap akan menyambung pengajian. semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup saya. Amin.