.aku menjalani kehidupan sebagai suatu rutin. aku malas dan tidak mahu memikirkan untuk sesuatu yang baru dalam hidup, lalu menjalani kehidupan yang sama setiap hari. rakanku pernah mengajukan soalan adakah solat yang aku tunaikan setiap hari juga dianggap rutin? jujur, malu dan teragak-agak aku menjawab-ya. lalu rakan itu menasihati aku supaya jangan menganggap ia sebagai rutin- ia adalah tanggungjawab kepada Allah. kita ini hamba suruhanNya adalah menjadi kewajiban untuk melakukan suruhan ini. dan aku sejak itu berazam untuk membuang perasaan rutin dalam mengerjakan solat. semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku. Ameen.
.sudah seminggu aku pulang ke rumah emak di Melaka, kemudian memanjangkan langkah ke Puncak Alam untuk menjengah kakak yang dalam ketidak seimbangan kesihatan dan emosi tatkala disahkan hamil. aku menyambut tahun 2013 tanpa apa-apa perasaan-seperti tahun2 yang lepas. semoga dia diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk keluarga kecilnya. Ameen.
.pulang ke UPM, menjalani kehidupan sebagai pelajar yang hanya kurang lebih 3 minggu untuk menamatkan pengajian. sungguh pantas waktu beredar. dan aku sudah berusia 24. dan di usia ini kali pertama mendapat rawatan mencuci gigi. terima kasih Doktor Natalia dan pembantunya atas khidmat ini. pulang dari pusat kesihatan, aku terus ke kafe untuk mencari juadah tengah hari.
.fikiran yang kosong terus mengikut langkah kaki ke gerai kebiasaan. alangkah terkejut aku mendapati gerai berkenaan sudah tidak beroperasi lagi!.sungguh aku buntu waktu itu. kerana pergi ke gerai itu adalah rutin aku. pergi ke gerai untuk membeli nasi berlaukkan ayam goreng, sayur hijau dan sambal belacan itu adalah rutin aku setiap hari. pernah satu hari aku terlewat ke gerai itu, mendapati ayam goreng sudah kehabisan. termenung aku di depan gerai itu untuk seketika kerana xtahu apa harus dilakukan. semestinya aku harus mencari pengganti ayam goreng tapi aku akhiri dengan nasi berlauk sayur sahaja. sungguh membuntukan. tapi hari ini gerai yang tidak beroperasi itu melumpuhkan akal dan zahir aku. mundar mandir aku di sepanjang gerai lain selama 3 pusingan. rutin aku selama ini tiba-tiba terganggu dan aku bagai robot yang kehilangan fungsi. walau bagaimanapun, aku pergi ke gerai menjual nasi ayam rempah di Flat ikan. nasi ayam itu juga juadah yang sering aku dapatkan jika berkunjung di situ-rutin.
.kadang kala rutin ini menyenangkan kita, ada waktunya ia juga menyusahkan kita. barangkali aku dalam proses menjadi robot.