Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Di akhir 2016 ini, aku masih berada di bumi kayang..masih dalam perjuangan yang belum habis.. ini merupakan coretan pertama dan mungkin yang terakhir untuk 2016.. mengimbas kembali coretan tahun lepas, bila aku menyatakan tentang research yang tiada perkembangan..baru aku sedar bahawa tatkala ini juga aku masih ingin berkata begitu.. ahh aku sungguh malas dan lalai..dan aku begitu banyak alasan..aku mahukan yang terbaik dalam setiap result eksperimen namun aku perlu akur bahawa penyelidikan ini tiada konsep yang terbaik..cuma adalah penemuan terbaharu yang akan menyumbang kepada 'body of knowledge' dalam bidang yang aku kaji..
maka aku perlu berhenti dengan angan2 yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hal ini.. aku perlu menyelesaikan lebih kurang 3 set labwork dan mulai hari ini bila ada yang bertanya banyak lagi kah labwork yang aku perlu selesaikan..maka jawapan aku adalah -InshaAllah ada lagi sikit.. semoga Allah permudahkan jalan ini..
semalam sebelum menaiki bas..suami berpesan macam biasa-kuatkan semangat, jangan malas, kita perlu berkorban untuk masa depan..kami juga nampak seorang lelaki yang ingin menaiki bas yang sama dengan aku, bersalam dengan seorang perempuan yang sedang mendukung seorang bayi..kami menyimpulkan bahawa pasangan ini adalah suami isteri yang mempunyai bayi kecil terpaksa berjauhan kerana tanggungjawab..pengorbanan..kami masih lagi beruntung kerana terpaksa berjauhan dalam keadaan kami masih berdua..semoga Allah permudahkan urusan dan hubungan kami juga pasangan itu..Amin..