.apa yang saya faham maksud resepi adalah cara2 dan sedikit rahsia dalam melaksanakan sesuatu. contohnya resepi rumahtangga-adalah cara2 dan rahsia dalam membina dan mengekalkan keluarga bahagia. walaupun ianya nampak mudah namun sesiapa sahaja yang telah melaluinya mampu memahami situasi ini.
.beberapa hari lepas saya membeli sedikit barang dapur, lalu terjumpa akan emping jagung (cornflakes) jenama Nestle. memandangkan syaaban hampir lewat, persiapan ramadhan dan syawal sedikit sebanyak telah mula dihitung. saya membelek kotak cornflakes dan terpandang akan resepi biskut yang memang selalu disertakan tatkala musim2 begini tiba. saya memilih satu kotak dengan resepi yang paling mudah-lipatan kasih kurma @love dates.
.saya turut mencari bahan2 lain untuk membuat biskut berkenaan. petang tadi, saya mencuba resepi ini untuk buah tangan kepada sahabat lama-Ain. saya memang ikut sepenuhnya resepi yang diberi, namun doh yang terhasil agak lembik. apabila dibakar, biskut saya menjadi 'layu'. saya berfikir dengan pantas untuk 'troubleshooting'. lalu saya tambahkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan doh lebih keras. ia memang berhasil.
.apa yang boleh saya simpulkan adalah-resepi yang kita dapat itu adalah tidak salah untuk ditiru. namun sebagai insan biasa, kita tercipta berbeza sesama sendiri. maka kita perlu mencari resepi sendiri dalam menjalani kehidupan. tidak salah untuk mengikut resepi orang lain, namun kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan resepi itu. samada menambah atau mengurangkan bahan2 mahupun langkah2, kita sendiri yang bertanggungjawab keatasnya. kerana diakhir waktu, hasilnya kita sendiri yang akan menerimanya.
.inilah lipatan kasih kurma@love dates hasil tangan saya. ia memang mirip karipap, namun ia adalah biskut. walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan hasil ini. Alhamdulillah.
saya kehilangan resepi ni dan susah nak cari dalam internet. boleh emelkan resepi ni pada saya?
ReplyDeletesyazariya@yahoo.com.
terima kasih sangat2
sudah di emel. :)
Delete