.sebulan lepas aku telah menyesali dengan keputusan yang telah diambil. hari ini aku masih bersyukur dengan segala kurniaNya. dua minggu lepas aku dijangkiti cacar air@chicken pox. aduh terlepas kuliah untuk 2minggu! test untuk subjek ECH4102 pun tak dapat diambil. puas aku cuba menghubungi pensyarah berkenaan namun xberjaya. aku faham hak peribadi pensyarah untuk tidak menghebahkan nombor telefon bimbit. tapi apabila berlaku situasi seperti aku, langsung tidak dapat berhubung dengan pensyarah berkenaan. setiap hari aku cuba menghubungi talian pejabatnya juga tidak berjawab. emel juga tidak berbalas. masyaAllah. apakah yang sudah terjadi dengan pensyarah ini?? semoga Allah permudahkan urusan aku ini.
.akibat chicken pox ini juga, seluruh permukaan kulit sudah di hiasi dengan tompok2 kudis. aduhai, tergendala lagi misi untuk mencerah dan mencantikkan wajah ku ini. namun masih bersyukur dengan kesihatan yang diberi oleh Nya. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment