.zaman kanak-kanak, aku selalu berangan untuk menjadi dewasa. semacam tak sabar untuk menjejak kaki ke alam itu. saat ini, aku patut digelar dewasa, dan aku tidak berangan untuk kembali ke zaman kanak-kanak. saat yang lepas tidak perlu diidamkan kerana ia adalah mustahil. tapi saat ini baru aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang dewasa. segala langkah dan keputusan yang diambil, aku harus fikir akan kebaikan serta keburukannya. ya memang kedengaran mudah. tapi keputusan ini melibatkan masa depan sendiri. kita orang dewasa memperjudikan nasib sendiri. alamatnya segala risiko bakal ditanggung batang hidung sendiri. kalau di zaman sekolah, apa yang harus di pakai, sekolah mana yang harus dipilih, hampir 90% keputusan daripada ibu bapa. mereka memperjudikan nasib kita, tetapi mereka turut menanggung segala keuntungan dan kerugian. tapi saat ini, 95% keputusan harus di tangan sendiri.
.sebagai seorang anak yang masih beribu dan berbapa, aku juga masih seorang pelajar di saat ini. dan bakal menamatkan pengajian sebulan dari sekarang, jika mendapat keizinan daripada Allah. Ameen. saat di akhir pengajian, perkara yang sering bermain di fikiran pelajar hanyalah tiga- peperiksaan akhir, pembentangan dan kerja. aku buntu memikirkan adakah aku harus kerja? adalah tidak logik soalan ini diutarakan tanpa ayat penyambung. adakah aku harus kerja atau sambung belajar? sebelah hati mengatakan untuk kerja-aku sudah tua untuk belajar dan masih belum punya pengalaman bekerja sebelum ini. sebelah hati pula mengatakan sebaliknya kerana api belajar di dalam jiwa aku masih menyala marak.
.aku bertanya pendapat rakan yang sedang bekerja.jawapannya- kerjalah. sudah tiba masa ibu bapa merasa wang gaji mu.sekalipun kau punya sijil tinggi itu namun tanpa pengalaman, kau tidak berguna. wah ayat terakhir itu menyentap jiwa raga ku selama lebih 30 jam. aku bertanya saudara seibu seayah aku, katanya sambung lah pengajian mu itu. dia tidak menambah ayat lain selepas ayat itu. aku gembira dengan sokongannya. aku berbincang pula dengan sahabat yang tak berapa lama, katanya ayuh sambung pengajian. pokoknya di dunia ini ada dua pilihan jawapan saja. jika kau kata ya, maka pasti ada jawapan daripada orang lain tidak. kalau kau perempuan, pasti ada orang yang berjantina lelaki. tiada satu jawapan yang tepat. cuma setiap perkara ada yang baik dan buruk. tidak semua perkara yang berlaku itu, adalah positif sahaja hasilnya. cinderella yang berkahwin dengan putera raja kecintaannya, belum tentu dia bahagia ke akhir hayat. siapa tahu putera raja mempunyai wanita simpanan selepas 7 tahun perkahwinan mereka bukan?.
.semoga Allah memberkati usaha aku untuk mendapat kebahagian di dunia ini, dan di akhirat sana. AMEEN.
Rumput dan lalang juga perlukan belalang ~ Even the grass needs grasshopper.
life is...

Friday, December 21, 2012
Tuesday, November 6, 2012
selamat hari lahir
.namun, doa utk kebahagiaan dia dunia dan akhirat tetap aku panjatkan kehadrat Allah. semoga aku juga mendapat kebahagiaan itu. Amin.
Sunday, October 14, 2012
.kehidupan yang kacau bilau.
.sejak menjejak kaki di bumi selangor, rasanya acap sudah aku berpindah randah. baru2 ni kes kecurian dan pecah rumah yang menjadi2 di kawasan kediaman yang kami sewa. syukur Alhamdulillah rumah kami x menjadi mangsa lagi, namun side mirror motosikal aku sudah di sapu pencuri. sungguh sayu hati menghadapi keadaan ini. rupa2nya setelah berbincang melalui laman muka buku dengan penghuni lain, kehilangan motosikal samada yang dilaporkan atau tidak sudah mencecah 10 buah!! xkan aku xperlu rasa takut di saat ini kan. terus beritahu kakak dan dia beritahu owner rumah. owner tu bagi kami kosongkan rumah sehingga hujung minggu depan (sblm cuti raya haji!!!). walaupun aku dah menyewa di kolej dan pindah barang sedikit dikit, teman serumah masih x jumpa rumah sewa. kasihan hati ini dgn keadaan beliau. semoga urusan ini Allah permudahkan. AMIN.
.aku xnak bicara tentang owner yg berkeras minta kami keluar rumah di tengah2 bulan. dan dia sudah mencari penyewa baru sedangkan tahu keadaan di sini bagaimana. kesimpulannya minggu ni kacau bilau buat aku dan pastinya di rasakan oleh teman serumah. semoga minggu baru yang bakal menjelma esok adalah lebih baik.Amin.

Thursday, October 4, 2012
.hati yg membeku.
.bertahun meninggalkan alam percintaan, aku dah terlupa bagaimana untuk mengorat atau yg sewaktu dengannya. aku juga sudah terlupa akan perasaan gembira sewaktu bercinta. lewat ini aku diberita akan majlis pernikahan rakan sekuliah beberapa tahun dahulu. terus perasaan menjadi sebal dan tertitis air mata ini. rakan itu aku puja sejak dulu. sungguh xsangka jodohnya dengan rakan ku jua. betulkah ini jodoh? apa itu jodoh? aku pula keliru dan semakin xmengerti maksud kalimah ini.semoga Allah merahmati perjalanan hidup aku.
Saturday, March 31, 2012
Thursday, January 12, 2012
2011 yang lalu
.sudah 11 hari 2011 ditinggalkan. sesungguhnya tiada apa yang baru dan aku juga tidak memikirkan untuk pembaharuan. bagi aku pembaharuan adalah dilakukan setiap hari, bukan tatkala pertukaran tahun sahaja.
.banyak yang sudah dilalui kadang2 mengusik jiwa. kenangan zaman kanak2 yang tidak ada yang istimewa untuk diingati, kenangan di bangku sekolah yang biasa2 saja, kenangan di matrikulasi yang hambar, kenangan di unimap yang tenggelam, dan sekarang aku sedang mencipta kenangan di upm. apa yang pasti kenangan yang bakal dicipta di sini tidak jauh beda dengan kenangan di tempat sebelumnya.
.usia sudah menginjak lagi, sepatutnya diri juga sedang mempersiap untuk menghadapi alam kedewasaan. kehidupan aku yang biasa2 ini semoga mendapat berkat Allah. sesungguhnya banyak kandungan di hati yang tidak terluah di sini, mahupun pada siapa2. terima kasih Allah kerana mengurniakan hati yang mampu menampung segala kedukaan ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)