life is...

life is...

Friday, December 21, 2012

.bila harus memilih.

.zaman kanak-kanak, aku selalu berangan untuk menjadi dewasa. semacam tak sabar untuk menjejak kaki ke alam itu. saat ini, aku patut digelar dewasa, dan aku tidak berangan untuk kembali ke zaman kanak-kanak. saat yang lepas tidak perlu diidamkan kerana ia adalah mustahil. tapi saat ini baru aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang dewasa. segala langkah dan keputusan yang diambil, aku harus fikir akan kebaikan serta keburukannya. ya memang kedengaran mudah. tapi keputusan ini melibatkan masa depan sendiri. kita orang dewasa memperjudikan nasib sendiri. alamatnya segala risiko bakal ditanggung batang hidung sendiri. kalau di zaman sekolah, apa yang harus di pakai, sekolah mana yang harus dipilih, hampir 90% keputusan daripada ibu bapa. mereka memperjudikan nasib kita, tetapi mereka turut menanggung segala keuntungan dan kerugian. tapi saat ini, 95% keputusan harus di tangan sendiri.

.sebagai seorang anak yang masih beribu dan berbapa, aku juga masih seorang pelajar di saat ini. dan bakal menamatkan pengajian sebulan dari sekarang, jika mendapat keizinan daripada Allah. Ameen. saat di akhir pengajian, perkara yang sering bermain di fikiran pelajar hanyalah tiga- peperiksaan akhir, pembentangan dan kerja. aku buntu memikirkan adakah aku harus kerja? adalah tidak logik soalan ini diutarakan tanpa ayat penyambung. adakah aku harus kerja atau sambung belajar? sebelah hati mengatakan untuk kerja-aku sudah tua untuk belajar dan masih belum punya pengalaman bekerja sebelum ini. sebelah hati pula mengatakan sebaliknya kerana api belajar di dalam jiwa aku masih menyala marak.

.aku bertanya pendapat rakan yang sedang bekerja.jawapannya- kerjalah. sudah tiba masa ibu bapa merasa wang gaji mu.sekalipun kau punya sijil tinggi itu namun tanpa pengalaman, kau tidak berguna. wah ayat terakhir itu menyentap jiwa raga ku selama lebih 30 jam. aku bertanya saudara seibu seayah aku, katanya sambung lah pengajian mu itu. dia tidak menambah ayat lain selepas ayat itu. aku gembira dengan sokongannya. aku berbincang pula dengan sahabat yang tak berapa lama, katanya ayuh sambung pengajian. pokoknya di dunia ini ada dua pilihan jawapan saja. jika kau kata ya, maka pasti ada jawapan daripada orang lain tidak. kalau kau perempuan, pasti ada orang yang berjantina lelaki. tiada satu jawapan yang tepat. cuma setiap perkara ada yang baik dan buruk. tidak semua perkara yang berlaku itu, adalah positif sahaja hasilnya. cinderella yang berkahwin dengan putera raja kecintaannya, belum tentu dia bahagia ke akhir hayat. siapa tahu putera raja mempunyai wanita simpanan selepas 7 tahun perkahwinan mereka bukan?.

.semoga Allah memberkati usaha aku untuk mendapat kebahagian di dunia ini, dan di akhirat sana. AMEEN.

No comments:

Post a Comment