life is...

life is...

Wednesday, September 24, 2014

.semua yang dilalui dalam hidup akan menjadi garis panduan dalam menghadapi hari muka. sudah 25 tahun saya bernafas di bumi Allah ini, alhamdulillah banyak yang sudah dipelajari. baru2 ini saya telah diberi amaran supaya tidak lagi menganggu buah hati seseorang. situasi memang kompleks dan tidak akan saya ceritakan di sini. penantian memang satu penyeksaan manakala kepastian menjadi pengubat suka mahupun duka. kepastian yang saya inginkan akhirnya terjawab juga.hati memang terguris dan tidak mengharapkan sesiapa mengubatinya melainkan diri sendiri.

.kepada insan yang bernama lelaki (dan wanita juga), memang benar ada yang mengatakan jangan kau cuba mengetuk hati wanita (lelaki) jika kau tiada niat langsung untuk memilikinya. walaupun kau menganggap hanya sekadar kawan, tidak usah kau melayannya. diulangi sekali lagi, TIDAK USAH KAU MELAYANNYA.  hati manusia (kebanyakannya) sangat mudah disentuh. kau membuatnya terbang tinggi ke awan dan akhirnya kau biarkan dia menjunam ke tanah lalu hancur berkecai.

.juga kepada pasangan yang sudah bercinta terlalu lama, jangan terlalu yakin tempoh itu menjadi jaminan kau akan bersatu dengannya. percayalah akan takdir Allah. maafkan aku wahai perempuan itu, keyakinanmu dan kesombonganmu membuatkan hatiku tak ikhlas mendoakan kebahagiaan kau walaupun aku berkata sebaliknya.

.saya akan redha dengan apa yang telah terjadi. saya tidak lagi akan mempersoalkan mengapa semua ini terjadi kerana ini menunjukkan saya tidak patuh kepada rukun iman ke-6. sesungguhnya sudah banyak waktu dan airmata terbazir sedangkan banyak tanggungjawab yang perlu saya tunaikan. hal sekecil ini tidak saya benarkan lagi mengganggu perjalanan hidup saya. sesungguhnya saya bersyukur dengan pengalaman ini. Alhamdulillah. terima kasih Allah.

.senyum tanda ketabahan. walaupun hati terguris namun sampai bila ingin menbiarkan luka menjadi nanah dalam hidup.aku tidak lupa malam Julai 31, 2014. terima kasih Allah. 

No comments:

Post a Comment