life is...

life is...

Tuesday, February 26, 2013

.terkenang (II)

.tiba2 jari ini gatal untuk menyelak wall facebook bekas teman lelaki. statusnya sudah berubah. tertitis jua air mata ini bila melewati gambar2 mereka. dia kelihatan gembira dan senang dgn teman itu. lalu aku teringat kenangan kami, barangkali dia tidak gembira dan senang ketika bersama aku dulu. pasti aku sudah lama dilupai. aku pernah meminta dia tidak melupai aku ketika kali terakhir kami bertemu 4 tahun lepas.mungkinkah...?

Wednesday, January 2, 2013

.rutin.

.aku menjalani kehidupan sebagai suatu rutin. aku malas dan tidak mahu memikirkan untuk sesuatu yang baru dalam hidup, lalu menjalani kehidupan yang sama setiap hari. rakanku pernah mengajukan soalan adakah solat yang aku tunaikan setiap hari juga dianggap rutin? jujur, malu dan teragak-agak aku menjawab-ya. lalu rakan itu menasihati aku supaya jangan menganggap ia sebagai rutin- ia adalah tanggungjawab kepada Allah. kita ini hamba suruhanNya adalah menjadi kewajiban untuk melakukan suruhan ini. dan aku sejak itu berazam untuk membuang perasaan rutin dalam mengerjakan solat. semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku. Ameen.

.sudah seminggu aku pulang ke rumah emak di Melaka, kemudian memanjangkan langkah ke Puncak Alam untuk menjengah kakak yang dalam ketidak seimbangan kesihatan dan emosi tatkala disahkan hamil. aku menyambut tahun 2013 tanpa apa-apa perasaan-seperti tahun2 yang lepas. semoga dia diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk keluarga kecilnya. Ameen.

.pulang ke UPM, menjalani kehidupan sebagai pelajar yang hanya kurang lebih 3 minggu untuk menamatkan pengajian. sungguh pantas waktu beredar. dan aku sudah berusia 24. dan di usia ini kali pertama mendapat rawatan mencuci gigi. terima kasih Doktor Natalia dan pembantunya atas khidmat ini. pulang dari pusat kesihatan, aku terus ke kafe untuk mencari juadah tengah hari.

.fikiran yang kosong terus mengikut langkah kaki ke gerai kebiasaan. alangkah terkejut aku mendapati gerai berkenaan sudah tidak beroperasi lagi!.sungguh aku buntu waktu itu. kerana pergi ke gerai itu adalah rutin aku. pergi ke gerai untuk membeli nasi berlaukkan ayam goreng, sayur hijau dan sambal belacan itu adalah rutin aku setiap hari. pernah satu hari aku terlewat ke gerai itu, mendapati ayam goreng sudah kehabisan. termenung aku di depan gerai itu untuk seketika kerana xtahu apa harus dilakukan. semestinya aku harus mencari pengganti ayam goreng tapi aku akhiri dengan nasi berlauk sayur sahaja. sungguh membuntukan. tapi hari ini gerai yang tidak beroperasi itu melumpuhkan akal dan zahir aku. mundar mandir aku di sepanjang gerai lain selama 3 pusingan. rutin aku selama ini tiba-tiba terganggu dan aku bagai robot yang kehilangan fungsi. walau bagaimanapun, aku pergi ke gerai menjual nasi ayam rempah di Flat ikan. nasi ayam itu juga juadah yang sering aku dapatkan jika berkunjung di situ-rutin.

.kadang kala rutin ini menyenangkan kita, ada waktunya ia juga menyusahkan kita. barangkali aku dalam proses menjadi robot.

Friday, December 21, 2012

.bila harus memilih.

.zaman kanak-kanak, aku selalu berangan untuk menjadi dewasa. semacam tak sabar untuk menjejak kaki ke alam itu. saat ini, aku patut digelar dewasa, dan aku tidak berangan untuk kembali ke zaman kanak-kanak. saat yang lepas tidak perlu diidamkan kerana ia adalah mustahil. tapi saat ini baru aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang dewasa. segala langkah dan keputusan yang diambil, aku harus fikir akan kebaikan serta keburukannya. ya memang kedengaran mudah. tapi keputusan ini melibatkan masa depan sendiri. kita orang dewasa memperjudikan nasib sendiri. alamatnya segala risiko bakal ditanggung batang hidung sendiri. kalau di zaman sekolah, apa yang harus di pakai, sekolah mana yang harus dipilih, hampir 90% keputusan daripada ibu bapa. mereka memperjudikan nasib kita, tetapi mereka turut menanggung segala keuntungan dan kerugian. tapi saat ini, 95% keputusan harus di tangan sendiri.

.sebagai seorang anak yang masih beribu dan berbapa, aku juga masih seorang pelajar di saat ini. dan bakal menamatkan pengajian sebulan dari sekarang, jika mendapat keizinan daripada Allah. Ameen. saat di akhir pengajian, perkara yang sering bermain di fikiran pelajar hanyalah tiga- peperiksaan akhir, pembentangan dan kerja. aku buntu memikirkan adakah aku harus kerja? adalah tidak logik soalan ini diutarakan tanpa ayat penyambung. adakah aku harus kerja atau sambung belajar? sebelah hati mengatakan untuk kerja-aku sudah tua untuk belajar dan masih belum punya pengalaman bekerja sebelum ini. sebelah hati pula mengatakan sebaliknya kerana api belajar di dalam jiwa aku masih menyala marak.

.aku bertanya pendapat rakan yang sedang bekerja.jawapannya- kerjalah. sudah tiba masa ibu bapa merasa wang gaji mu.sekalipun kau punya sijil tinggi itu namun tanpa pengalaman, kau tidak berguna. wah ayat terakhir itu menyentap jiwa raga ku selama lebih 30 jam. aku bertanya saudara seibu seayah aku, katanya sambung lah pengajian mu itu. dia tidak menambah ayat lain selepas ayat itu. aku gembira dengan sokongannya. aku berbincang pula dengan sahabat yang tak berapa lama, katanya ayuh sambung pengajian. pokoknya di dunia ini ada dua pilihan jawapan saja. jika kau kata ya, maka pasti ada jawapan daripada orang lain tidak. kalau kau perempuan, pasti ada orang yang berjantina lelaki. tiada satu jawapan yang tepat. cuma setiap perkara ada yang baik dan buruk. tidak semua perkara yang berlaku itu, adalah positif sahaja hasilnya. cinderella yang berkahwin dengan putera raja kecintaannya, belum tentu dia bahagia ke akhir hayat. siapa tahu putera raja mempunyai wanita simpanan selepas 7 tahun perkahwinan mereka bukan?.

.semoga Allah memberkati usaha aku untuk mendapat kebahagian di dunia ini, dan di akhirat sana. AMEEN.

Tuesday, November 6, 2012

selamat hari lahir



.hari ni ulangtahun kelahiran bekas kekasih. semacam tahun2 lepas, aku ucapkan selamat kepada dia. tapi tahun ni aku xterasa untuk mengucapkan. walaupun atas dasar kawan, aku tetap enggan mengucapkan selamat kepada dia. mungkin untuk tahun ni dan tahun2 akan datang. secara zahirnya aku sudah xde apa2 perasaan kepadanya, mungkin yg bersisa hanya dendam yg sudah kebah namun tertinggal dan sebati dlm jiwa. aku sengaja skodeng home page fb beliau, ternampak satu gambar dia berdua dgn seorang wanita. tiba2 aku terbayang andai aku yg berada dlm gmbar menggantikan wanita itu, pasti cacat hasil foto berkenaan. benar kata2 org yg yg berada di sekeliling aku dulu, beliau suka akan wanita yg jelita. aku seharusnya sudah faham benar mengapa perpisahan yg dia inginkan sebelum ni. kdg2 aku cuma xmahu menerimanya. hmm.

.namun, doa utk kebahagiaan dia dunia dan akhirat tetap aku panjatkan kehadrat Allah. semoga aku juga mendapat kebahagiaan itu. Amin.



mungkin aku masih menunggu dia?


Sunday, October 14, 2012

.kehidupan yang kacau bilau.

.sejak menjejak kaki di bumi selangor, rasanya acap sudah aku berpindah randah. baru2 ni kes kecurian dan pecah rumah yang menjadi2 di kawasan kediaman yang kami sewa. syukur Alhamdulillah rumah kami x menjadi mangsa lagi, namun side mirror motosikal aku sudah di sapu pencuri. sungguh sayu hati menghadapi keadaan ini. rupa2nya setelah berbincang melalui laman muka buku dengan penghuni lain, kehilangan motosikal samada yang dilaporkan atau tidak sudah mencecah 10 buah!! xkan aku xperlu rasa takut di saat ini kan. terus beritahu kakak dan dia beritahu owner rumah. owner tu bagi kami kosongkan rumah sehingga hujung minggu depan (sblm cuti raya haji!!!). walaupun aku dah menyewa di kolej dan pindah barang sedikit dikit, teman serumah masih x jumpa rumah sewa. kasihan hati ini dgn keadaan beliau. semoga urusan ini Allah permudahkan. AMIN.

.aku xnak bicara tentang owner yg berkeras minta kami keluar rumah di tengah2 bulan. dan dia sudah mencari penyewa baru sedangkan tahu keadaan di sini bagaimana. kesimpulannya minggu ni kacau bilau buat aku dan pastinya di rasakan oleh teman serumah. semoga minggu baru yang bakal menjelma esok adalah lebih baik.Amin.

Thursday, October 4, 2012

.hati yg membeku.

.bertahun meninggalkan alam percintaan, aku dah terlupa bagaimana untuk mengorat atau yg sewaktu dengannya. aku juga sudah terlupa akan perasaan gembira sewaktu bercinta. lewat ini aku diberita akan majlis pernikahan rakan sekuliah beberapa tahun dahulu. terus perasaan menjadi sebal dan tertitis air mata ini. rakan itu aku puja sejak dulu. sungguh xsangka jodohnya dengan rakan ku jua. betulkah ini jodoh? apa itu jodoh? aku pula keliru dan semakin xmengerti maksud kalimah ini.semoga Allah merahmati perjalanan hidup aku.