life is...

life is...

Friday, November 18, 2011

.badai semalam.

.malam tadi, aku bersama 3rakan yang lain menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya. impian untuk menonton teater selama ini akhirnya tercapai. namun aku berasa kecewa kerana pengalaman pertama ini tidak memberikan kepuasan. mungkin kerana aku tersalah memilih jalan cerita untuk ditonton.

.teater ini adalah adaptasi novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim yang diterbitkan pada 1968 kalau aku tidak silap. pendapat peribadiku, karya ini hanya sesuai dinovelkan dan bukan untuk pementasan teater (ini hanya pendapat peribadi kerana aku lebih suka menonton wayang lawak2 dan ganas). akibat jalan ceritanya yang agak lambat (kerana ia banyak bertemakan cinta), maka aku sudah mencapai tahap kebosanan pada minit ke 20 pementasan berlangsung.

.walaupun aku belum pernah menonton mana2 pementasan teater sebelum ini, secara keseluruhan jalan cerita, prop dan pementasan ini aku berikan 2bintangsetengah. mungkin ada pihak yang telah menyedari jalan cerita ini kurang menarik, maka mereka menampilkan pelakon2 filem yang popular di Malaysia ini untuk memegang watak2. dan aku yakin kebanyakan penonton yang membanjiri Panggung Sari adalah kerana ingin melihat pelakon lelaki pujaan mereka yang kononnya kacak.

.pementasan bermula jam 8.30 malam, dengan rehat 15 minit dan ia berakhir jam 11.15 malam. sebaik keluar dari Panggung Sari, aku kehilangan jejak rakanku. pasti dia sedang teruja beratur untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan pelakon2. hampir 1jam aku menjadi mak pacak di lobi, akhirnya aku bertemu semula dengan rakan. masing2 ghairah menunjukkan gambar yang diambil bersama pelakon2. aku menyaksikan ramai orang beratur hanya untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan orang2 ini. ada yang menjerit2 kerana terlalu teruja melihat pelakon yang kacak itu di depan bijik matanya (macam org sakai la kau).

.saat ini aku terfikir, kalaulah mereka boleh beratur begini demi mendapatkan ceramah daripada ustaz2, alangkah indah. aku hanya memerhatikan situasi ini dari atas tangga. sempat juga aku memandang pelakon lelaki kegemaran (aku pun ada gemar pelakon lelaki juga) dari atas tangga.  aku memang tidak mahu beratur demi mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan mereka. dan aku sebolehnya tidak akan buat begitu. aku tidak mahu begitu menyanjung orang2 seperti ini sehingga mereka berasa riak dengan apa yang dimiliki-sanjungan daripada peminat. cukup sekadar aku melihat dari jauh dan menonton pementasan.

.walaupun pementasan ini mengecewakan, tapi nafsuku terhadap teater tidak terpadam. pelakon2 melakonkan watak dengan jayanya dan aku paling suka watak Puan Rohana. insyaAllah, aku akan datang lagi ke Istana Budaya untuk menonton pementasan yang lain.




inilah pelakon lelaki kegemaran aku. :)

No comments:

Post a Comment