.minggu lepas aku mempoyokan diri dengan menyapa ex-bf di skype. aku teringat akan tarikh lahirnya lalu aku mengucapkan selamat hari lahir walaupun masih awal 3 hari. aku jangka dia tidak akan membalas mesej yg dihantar. mana tau dia balas. slps mndapat balasan mesej, aku hanya berdiam diri sebagai mematikan perbualan. aku jangka dia malas berbual2 dengan ex-gf. mana tahu lepas 20minit dia menghidupkan perbualan.
.dia masih orang yang sama seperti aku kenal 4 tahun lepas. sejak dia memutuskan hubungan dulu, aku sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan. ekoran daripada itu aku menjadi seorang yang pesimis terhadap pasangan yang berkasihan. aku pernah dimaki oleh roomate kerana bertanya " bila korang nak clash ?" di saat hubungan mereka sedang stabil. he3.dan dia bukan orang pertama yang mendapat pertanyaan sebegitu daripadaku.
.sepanjang 2tahun lepas aku sering bertanya kenapa dia memutuskan perhubungan kami. lama kelamaan aku semakin terlupa akan persoalan itu. namun dia tetap telah menjadi sejarah dalam hidup aku. aku jangka dia tidak akan menyapa aku lagi di skype. namun aku sengaja mendaftar masuk dengan niat dia akan perasan kewujudan aku. jujur aku mengatakan aku tersangat gembira waktu dia membalas mesej dan sepanjang perbualan kami di skype pada hari aku mengucapkan selamat hari lahir kepada dia. perasaan ingin meraih kasih daripadanya semula kembali mencanak-canak.
.sejak kami berpisah awal 2009 yang lalu, aku sebenarnya masih berharap dia kembali padaku. beberapa hari lalu dia memulakan perbualan di skype. waktu itu aku memang sengaja mendaftar masuk dengan harapan dia menyapa aku lagi. dan hatiku berbunga sekandang gajah kerana dia benar2 menyapa aku. kami berbual macam kawan biasa. aku memang ada niat untuk mengungkit kisah lama dengan harapan hatinya terbuka untuk aku lagi. tapi rasanya aku sudah matang untuk tidak melakukan itu. walaupun kita memang mahu, tapi malu itu mesti ada!. sehingga dia turut berkata yang membawa maksud dia masih berseorangan. aku juga turut mengatakan aku masih berseorangan (sengaja memberi klu). dia memberitahu aku bahawa dia perlu bernikah memandangkan usia sudah mencecah 23 (tua nya engkau).aku menyarankan dia supaya lebih giat mencari calon isteri. katanya tiada siapa yang sudi akannya. namun dia pasti tak mendengar kata hatiku sewaktu dia berkata begitu. bahawa aku sedia untuk dia.
.beberapa hari kemudian dengan secara tak sengaja sewaktu aku memandang wajah di cermin, hati ini berkata yang dia bukan untukku. kemudian aku membiarkan sahaja kata hati itu. selang beberapa jam aku tefikir lagi. dan akhirnya aku sendiri yakin bahawa dia bukan untukku. bukannya dia tidak layak untukku, hanya dia bukan untukku. aku tak tahu bagaimana suratan jodoh yang telah tertulis di loh mahfuz untuk diri ini, namun untuk ketika ini itulah kesimpulannya. mungkin perasaan yang aku miliki terhadapnya sepanjang tempoh ini hanyalah perasaan ingin memiliki dan dendam kerana dia meninggalkan aku demi perempuan lain.semoga kami bertemu jodoh dengan pasangan yang layak pada waktu akan datang. insyaAllah.
The best thing daripada Mocca. klip video yang diberi kepada aku sewaktu sebelum kami berkasihan.
No comments:
Post a Comment