.sedar tak sedar 2011 sudah di penghujung. seperti biasa banyak kenangan dan peristiwa yang terlakar sepanjang tahun ini. tapi ia sepatutnya aku lupakan demi mengharungi tahun baru yang bakal menjelang.
.aku pernah mencuba untuk mengarang cerita pendek sekadar suka2. tapi setiap kali jalan cerita itu wujud dan aku mula untuk mengarang, aku terjumpa karya yang memang saling tak tumpah seperti idea aku. aduhai. mungkin idea dan pemikiran aku ini selayaknya sudah basi dan 'outdated'. oh ini adalah satu penghinaan kepada diri sendiri. he2. namun semangat yang tak seberapa ini masih menyala. walaupun tidak marak, tapi dengan sisa-sisa semangat ini aku pasti 'mengepost' karya asli ciptaan aku di blog ini. la5.
Rumput dan lalang juga perlukan belalang ~ Even the grass needs grasshopper.
life is...

Wednesday, December 28, 2011
Friday, November 18, 2011
.badai semalam.
.malam tadi, aku bersama 3rakan yang lain menonton teater Badai Semalam di Istana Budaya. impian untuk menonton teater selama ini akhirnya tercapai. namun aku berasa kecewa kerana pengalaman pertama ini tidak memberikan kepuasan. mungkin kerana aku tersalah memilih jalan cerita untuk ditonton.
.teater ini adalah adaptasi novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim yang diterbitkan pada 1968 kalau aku tidak silap. pendapat peribadiku, karya ini hanya sesuai dinovelkan dan bukan untuk pementasan teater (ini hanya pendapat peribadi kerana aku lebih suka menonton wayang lawak2 dan ganas). akibat jalan ceritanya yang agak lambat (kerana ia banyak bertemakan cinta), maka aku sudah mencapai tahap kebosanan pada minit ke 20 pementasan berlangsung.
.walaupun aku belum pernah menonton mana2 pementasan teater sebelum ini, secara keseluruhan jalan cerita, prop dan pementasan ini aku berikan 2bintangsetengah. mungkin ada pihak yang telah menyedari jalan cerita ini kurang menarik, maka mereka menampilkan pelakon2 filem yang popular di Malaysia ini untuk memegang watak2. dan aku yakin kebanyakan penonton yang membanjiri Panggung Sari adalah kerana ingin melihat pelakon lelaki pujaan mereka yang kononnya kacak.
.pementasan bermula jam 8.30 malam, dengan rehat 15 minit dan ia berakhir jam 11.15 malam. sebaik keluar dari Panggung Sari, aku kehilangan jejak rakanku. pasti dia sedang teruja beratur untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan pelakon2. hampir 1jam aku menjadi mak pacak di lobi, akhirnya aku bertemu semula dengan rakan. masing2 ghairah menunjukkan gambar yang diambil bersama pelakon2. aku menyaksikan ramai orang beratur hanya untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan orang2 ini. ada yang menjerit2 kerana terlalu teruja melihat pelakon yang kacak itu di depan bijik matanya (macam org sakai la kau).
.saat ini aku terfikir, kalaulah mereka boleh beratur begini demi mendapatkan ceramah daripada ustaz2, alangkah indah. aku hanya memerhatikan situasi ini dari atas tangga. sempat juga aku memandang pelakon lelaki kegemaran (aku pun ada gemar pelakon lelaki juga) dari atas tangga. aku memang tidak mahu beratur demi mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan mereka. dan aku sebolehnya tidak akan buat begitu. aku tidak mahu begitu menyanjung orang2 seperti ini sehingga mereka berasa riak dengan apa yang dimiliki-sanjungan daripada peminat. cukup sekadar aku melihat dari jauh dan menonton pementasan.
.walaupun pementasan ini mengecewakan, tapi nafsuku terhadap teater tidak terpadam. pelakon2 melakonkan watak dengan jayanya dan aku paling suka watak Puan Rohana. insyaAllah, aku akan datang lagi ke Istana Budaya untuk menonton pementasan yang lain.

inilah pelakon lelaki kegemaran aku. :)
Saturday, November 12, 2011
.terkenang.
.minggu lepas aku mempoyokan diri dengan menyapa ex-bf di skype. aku teringat akan tarikh lahirnya lalu aku mengucapkan selamat hari lahir walaupun masih awal 3 hari. aku jangka dia tidak akan membalas mesej yg dihantar. mana tau dia balas. slps mndapat balasan mesej, aku hanya berdiam diri sebagai mematikan perbualan. aku jangka dia malas berbual2 dengan ex-gf. mana tahu lepas 20minit dia menghidupkan perbualan.
.dia masih orang yang sama seperti aku kenal 4 tahun lepas. sejak dia memutuskan hubungan dulu, aku sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan. ekoran daripada itu aku menjadi seorang yang pesimis terhadap pasangan yang berkasihan. aku pernah dimaki oleh roomate kerana bertanya " bila korang nak clash ?" di saat hubungan mereka sedang stabil. he3.dan dia bukan orang pertama yang mendapat pertanyaan sebegitu daripadaku.
.sepanjang 2tahun lepas aku sering bertanya kenapa dia memutuskan perhubungan kami. lama kelamaan aku semakin terlupa akan persoalan itu. namun dia tetap telah menjadi sejarah dalam hidup aku. aku jangka dia tidak akan menyapa aku lagi di skype. namun aku sengaja mendaftar masuk dengan niat dia akan perasan kewujudan aku. jujur aku mengatakan aku tersangat gembira waktu dia membalas mesej dan sepanjang perbualan kami di skype pada hari aku mengucapkan selamat hari lahir kepada dia. perasaan ingin meraih kasih daripadanya semula kembali mencanak-canak.
.sejak kami berpisah awal 2009 yang lalu, aku sebenarnya masih berharap dia kembali padaku. beberapa hari lalu dia memulakan perbualan di skype. waktu itu aku memang sengaja mendaftar masuk dengan harapan dia menyapa aku lagi. dan hatiku berbunga sekandang gajah kerana dia benar2 menyapa aku. kami berbual macam kawan biasa. aku memang ada niat untuk mengungkit kisah lama dengan harapan hatinya terbuka untuk aku lagi. tapi rasanya aku sudah matang untuk tidak melakukan itu. walaupun kita memang mahu, tapi malu itu mesti ada!. sehingga dia turut berkata yang membawa maksud dia masih berseorangan. aku juga turut mengatakan aku masih berseorangan (sengaja memberi klu). dia memberitahu aku bahawa dia perlu bernikah memandangkan usia sudah mencecah 23 (tua nya engkau).aku menyarankan dia supaya lebih giat mencari calon isteri. katanya tiada siapa yang sudi akannya. namun dia pasti tak mendengar kata hatiku sewaktu dia berkata begitu. bahawa aku sedia untuk dia.
.beberapa hari kemudian dengan secara tak sengaja sewaktu aku memandang wajah di cermin, hati ini berkata yang dia bukan untukku. kemudian aku membiarkan sahaja kata hati itu. selang beberapa jam aku tefikir lagi. dan akhirnya aku sendiri yakin bahawa dia bukan untukku. bukannya dia tidak layak untukku, hanya dia bukan untukku. aku tak tahu bagaimana suratan jodoh yang telah tertulis di loh mahfuz untuk diri ini, namun untuk ketika ini itulah kesimpulannya. mungkin perasaan yang aku miliki terhadapnya sepanjang tempoh ini hanyalah perasaan ingin memiliki dan dendam kerana dia meninggalkan aku demi perempuan lain.semoga kami bertemu jodoh dengan pasangan yang layak pada waktu akan datang. insyaAllah.
The best thing daripada Mocca. klip video yang diberi kepada aku sewaktu sebelum kami berkasihan.

Friday, November 4, 2011
.penipuan?.
.kadang2 aku berasa perasaan cinta dan kasih serta sayang yg selalu ditunjukkan hanyalah berbau kepalsuan. banyak sangat pasangan berkasih2an di laman mukabuku sehingga meluatkan pengguna lain. bukan lah diri ini sengaja untuk membaca post mereka namun kadang2 terbaca. ini adalah perbuatan yang tidak disengajakan.
.percayalah, perasaan yang hangat itu pasti akan pudar. waktu itu kamu akan berasa pasangan itu tiada memberi makna apa2 selain status sahaja. kata2 manis dahulu pasti kau akan menyesal kerana meluahkan. kerana manusia ini akan cepat bosan dengan apa yang telah dimiliki. dan akan berusaha untuk memiliki benda yang tidak dipunyai. itulah hakikatnya. dan sesungguhnya aku meluat dengan pasangan2 yang kelihatan bahagia namun aku sendiri lihat akan kepura2an hangatnya percintaan mereka. aku menunggu saat tamatnya kebahagiaan mereka.

Thursday, October 27, 2011
.selepas sebulan.
.sebulan lepas aku telah menyesali dengan keputusan yang telah diambil. hari ini aku masih bersyukur dengan segala kurniaNya. dua minggu lepas aku dijangkiti cacar air@chicken pox. aduh terlepas kuliah untuk 2minggu! test untuk subjek ECH4102 pun tak dapat diambil. puas aku cuba menghubungi pensyarah berkenaan namun xberjaya. aku faham hak peribadi pensyarah untuk tidak menghebahkan nombor telefon bimbit. tapi apabila berlaku situasi seperti aku, langsung tidak dapat berhubung dengan pensyarah berkenaan. setiap hari aku cuba menghubungi talian pejabatnya juga tidak berjawab. emel juga tidak berbalas. masyaAllah. apakah yang sudah terjadi dengan pensyarah ini?? semoga Allah permudahkan urusan aku ini.
.akibat chicken pox ini juga, seluruh permukaan kulit sudah di hiasi dengan tompok2 kudis. aduhai, tergendala lagi misi untuk mencerah dan mencantikkan wajah ku ini. namun masih bersyukur dengan kesihatan yang diberi oleh Nya. Alhamdulillah.

Tuesday, September 27, 2011
.apa yang aku dah buat ni.
.setiap org msti melalui perubahan fasa dlm kehidupan. aku juga xterkecuali. cuma aku selalu terfikir adakah setiap keputusan yang aku buat itu adalah yang terbaik?
.aku tinggalkan rumah sewa yg dkt dgn tmpt belajar utk pergi bekerja di tmpt yg lebih jauh drp tmpt belajar.
dgn suasana yg aku xsuka, aku semacam menyesal dgn keputusan yg tlh di ambil wlpn aku belum lg genap 24 jam berada di sini. sesungguhnya aku memohon kepada Allah, semoga menyenangkan perasaan ini dan meyakinkan pd aku bahawa tindakan ini adalah yg terbaik utk aku. ya Allah, aku meminta perlindunganMu daripada gangguan syaitan yg direjam.

Wednesday, September 21, 2011
.graduasi.
.setelah 4 tahun bergelumang di bumi Perlis, akhirnya pengajian ijazah dapat di tamatkan. syukur ke hadrat Ilahi dengan segala limpah kurniaNya segala telah berakhir.
.aku yang masih tidak berubah, sejak 4 tahun dulu memandang belakang lelaki itu.tatkala saat mengambil skrol juga masih memandang belakang dia, namun keadaan tidak akan berubah. dia seorang yang ternyata telah berpunya sejak aku mengenalinya. tiada apa akan mengubah fakta itu.
.sehingga ke detik terakhir bersama, aku juga hanya mampu memandang sahaja. tiada kata yang layak diungkapkan selain tahniah atas penggraduasi. dia juga membalas ucapan tahniah yang layaknya ditujukan kepada semua orang biasa. bukan yang terisitimewa.
Nyanyian: Pop Calories Bla Bla ft Da Endorhine
Tajuk: Mai roo juk chun, mai roo juk tur ( awak xkenal saya, saya xkenal awak)

Tuesday, August 9, 2011
.temuduga.
.pada mulanya saya dikejutkan dengan tawaran melanjutkan pelajaran peringkat master daripada salah satu universiti tempatan. puas direnung-renungkan kerana saya merancang untuk menyambung pengajian pada tahun hadapan. sesungguhnya ini semua ketentuan Allah.
.sehari selepas itu, saya mendapat panggilan telefon daripada sebuah syarikat untuk ditemuduga. oh inikah rezeki? sedang saya celaru untuk memikirkan sumber untuk menampung pengajian nanti, panggilan temuduga ini seolah memberi sinar kepada saya. walaupun saya terfikir untuk melepaskan salah satu daripada ini, namun hati saya mahukan kedua-duanya. alangkah tamaknya diri ini. namun ini adalah percaturan saya. hanya Allah yang berhak menentukan percaturan ini tepat atau tidak. andai saya tidak berjaya dalam temuduga ini, saya tetap akan menyambung pengajian. semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup saya. Amin.

Monday, July 25, 2011
.maafkan aku wahai alam.
.saya berasa amat bersalah terhadap alam. saya telah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon kebelakangan ini. saya berdoa agar ianya cepat berakhir.
lagu Karma Chameleon nyanyian Culture Club.

Thursday, July 21, 2011
.penghormatan.
.pepatah ada mengatakan 'yang tua harus dihormati, yang muda pula hendaklah disayangi'. tapi kalau umur sebaya, apa yang harus dilakukan?
.terlajak kata sememangnya tidak boleh diundur, sedangkan terlajak perahu belum pasti boleh diundur. mencuba untuk menghormati orang lain. andai kata sehingga suatu masa diri sendiri merasai orang itu tidak harus dihormati, maka ikutlah kata hati itu. jangan salahkan orang muda jika tidak menghormati orang tua. kerana kadang2 orang tua itu sendiri yang tidak menghormati diri sendiri dan orang lain.
tokio - love you only.
.penyanyi utama sebelum diganti dengan tomoya nagase.

Saturday, July 16, 2011
.resepi.
.apa yang saya faham maksud resepi adalah cara2 dan sedikit rahsia dalam melaksanakan sesuatu. contohnya resepi rumahtangga-adalah cara2 dan rahsia dalam membina dan mengekalkan keluarga bahagia. walaupun ianya nampak mudah namun sesiapa sahaja yang telah melaluinya mampu memahami situasi ini.
.beberapa hari lepas saya membeli sedikit barang dapur, lalu terjumpa akan emping jagung (cornflakes) jenama Nestle. memandangkan syaaban hampir lewat, persiapan ramadhan dan syawal sedikit sebanyak telah mula dihitung. saya membelek kotak cornflakes dan terpandang akan resepi biskut yang memang selalu disertakan tatkala musim2 begini tiba. saya memilih satu kotak dengan resepi yang paling mudah-lipatan kasih kurma @love dates.
.saya turut mencari bahan2 lain untuk membuat biskut berkenaan. petang tadi, saya mencuba resepi ini untuk buah tangan kepada sahabat lama-Ain. saya memang ikut sepenuhnya resepi yang diberi, namun doh yang terhasil agak lembik. apabila dibakar, biskut saya menjadi 'layu'. saya berfikir dengan pantas untuk 'troubleshooting'. lalu saya tambahkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan doh lebih keras. ia memang berhasil.
.apa yang boleh saya simpulkan adalah-resepi yang kita dapat itu adalah tidak salah untuk ditiru. namun sebagai insan biasa, kita tercipta berbeza sesama sendiri. maka kita perlu mencari resepi sendiri dalam menjalani kehidupan. tidak salah untuk mengikut resepi orang lain, namun kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan resepi itu. samada menambah atau mengurangkan bahan2 mahupun langkah2, kita sendiri yang bertanggungjawab keatasnya. kerana diakhir waktu, hasilnya kita sendiri yang akan menerimanya.
.inilah lipatan kasih kurma@love dates hasil tangan saya. ia memang mirip karipap, namun ia adalah biskut. walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan hasil ini. Alhamdulillah.

Tuesday, July 12, 2011
.jika berjanji.
.janji mudah dilafazkan kerana hanya bermodal air liur. maka ia juga senang dilupakan, apatah lagi diabaikan. andai melafazakn janji memerlukan segunung emas, pasti tidak ramai manusia akan membuat janji.
.tidak kira dengan siapa kita berjanji, sebolehnya mesti ditunaikan. memang mudah untuk mengabaikan anak2 diwaktu kecil mereka, namun tidak mudah untuk rapat apabila usia mereka telah dewasa. ia mungkin perkara kecil, tapi anak2 yang terdera perasaan itu tidak mungkin melupakan setiap perasaan duka yang dilalui.
Suratan yang menyakitkan-Sharifah Zarina

Friday, July 1, 2011
.senyum.
.hidup ini mesti banyak dugaan. kadang2 terasa diri ini selalu x bernasib baik. apa yang dirancang dan diimpikan selalu x dapat dikecapi. namun selalu juga mengingatkan diri sendiri bahawa segala yang berlaku mesti berhikmah. kita akan menerima kegagalan atau musibah sebelum sesuatu yang baik muncul. insyaAllah saya akan sentiasa mengingatkan diri sendiri.
.saya yakin senyuman itu satu penawar. tatkala ditimpa masalah dan musibah, sering saya meringankan bibir untuk mengukir senyuman. kata orang senyum itu tanda ketabahan-kita tabah menghadapi dugaan walaupun sedang ditimpa dugaan kerana redha dengan percaturan Allah.
.saya berharap saya akan lebih tabah. penyelidikan yang saya lakukan menemui kegagalan. betapa hati ini hancur. segala usaha dan perasaan yang tertumpah pada penyelidikan ini kiranya sia2. tapi tetap memujuk hati bahawa xsemua yang kita rancang dan ingini akan dipenuhi. seperti sebelum ini segala kegagalan dan kesilapan yang saya lakukan, mesti dijadikan pedoman seumur hidup ini.
.sebolehnya ingin senyum seperti tiada masalah yang melanda. semoga Allah merahmati seluruh umat Islam. Amin.

Tuesday, June 28, 2011
.when the things planned doesn't work out.
.at first i was so excited to do this research.after 2weeks, i realized that i do not really into this job. i started begging mak to take me home. i'm so childish like i am 12. she is still the same woman that i know.the more i beg, more boosting encouragement she will give.and i talked to myself that i have to be fully responsible on what steps i take.so this way, i chose and i have to face it.i have to finish what i have started.
.this research i actually the continuity of my fyp. the more i experimenting, more frustrated i be. all negative results were found in order to seek for its characteristics. so after experiment by experiment, the conclusion can be made is rambutan seed is not suitable to be employed as activated carbon. still i intend to test on dye removal. i really hope it can give me some hope after researching all this time.
.this picture is the powdered activated carbon i prepared.still i felt proud of it.

Monday, June 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)